Tapi sekarang dah ada RAPID PENANG, mungkin sistem lebih baik. Nak disambungkan cerita, aku bersama isteri naiklah bas ke KOMTAR. Dah abih shopping, kami pun turunlah ke perhentian bas kat bawah Komtar. Kami tak tau nak naik bas Rapid nombor berapa untuk sampai ke tempat aku. Maka aku pun carilah Panduan Bas Rapid kat-kat situ. Bas canggih ni, tak sabaq nak naik. Cari punya cari, jangan kata poster besaq bas Rapid, satu poster besaq kertas A4 pun tak dak. Ni yang kata Rapid Penang ni. Bas canggih, bas baru pulak semua tu.
Aku ingat lagi masa aku sekolah dulu, aku selalu naik bas. Yalah… bapak aku orang susah. Pi sekolah pukul kaki (berjalan kaki), tak dak-tak dak pun aku naik bas. Bukan macam anak-anak kita lani, naik kereta. Yang menapak dan naik basikal lani tu kalau tak Mat Bangla tentu Mat Indon. Tak dak pun Mat Myanmar ataupun Mat Vietnam. Siap boleh bawak lari bas lagi masuk longkang. Dulu aku hafal semua nombor bas. Bas “Council”, tak banyak laluan, 1 sampai 13 saja. Pusing George Town tak dak masalah. Tak payah panduan pun. Orang masa tu ramai naik bas. Tunggu lama tu biasa la… Tapi tak lah sampai 3 jam di zaman kebelakangan ni. Mak Bapak aku pun tak pernah risau pasal keselamatan aku. Alhamdulillah aku selamat.
Ni cerita pasal bas canggih lani, orang ramai, aku tengok bas pun banyak masuk keluaq masuk keluaq Komtar. Asap bas dah banyak mana aku telan, tak payah habaq la. Siap ada bas yang tunggu penumpang sambil melaung-laung destinasi lagi. Sampai “traffic jam” dibuatnya bas beratur kat belakang. Dah tu, tak nak bergerak pulak tu. Nak tunggu bagi bas penuh konon. Abih bas belakang nak masuk cam mana? Apala mangkuk hayun. Reverse pulak bas tu supaya tak kehilangan penumpang. Aduhh.. rosak sistem kita. Mana dia pegawai yang bertanggung jawab. Hang buat apa woi. Tidoq ka!
Aku nak naik bas nombor berapa? Aku pun tak tahu. Aku tanya orang, depa cakap bahasa lain, aku pun tak faham. Orang yang cakap bahasa aku pulak naik bas yang aku tak naik. Cari punya cari, tau tang mana Rapid lekat poster Panduan Menaiki Bas di Komtar? Hangpa tengok gambaq pertama tu. Belakang papan tanda. Bukan depan papan tanda. Punya la lawak. Poster pulak dah lasam (kotor dan lusuh) bekas kena asap. Aku ingat ka poster ah long terkoyak-koyak macam tu.
Bang, Pengurus Operasi ka, Pengurus Pemasaran Rapid ka, jenguk-jenguklah tang mana hangpa lekat poster. Hangpa buboh hala ke laluan bas, bas tak baca Panduan hangpa, tapi orang nak baca. Maka aku pun berjalanlah nak dapatkan panduan bas dari poster tu. Haram apa pun aku tak nampak. Terkoyak-koyak, terconteng-conteng. Aduhh… kecewa sungguh.
Bang, aku nak bagitau hangpa, kalau hangpa dok di atas, tak turun bawah sendiri, hangpa tak tau apa yang jadi kat bawah tau ka. Kami naik bas, hangpa bawa BM ka, Merc ka, hangpa tau ka apa yang jadi kat kami orang yang naik bas. Melainkan hangpa sendiri yang naik bas macam kami. Ni kami dok kena lenyek macam timun, yang ni dikatakan rakyat. Mahulah kata kalau aku ni pelancong, aku kata sistem pengangkutan awam kat sini teruk. Penang tau. Nama sebagai pusat pelancongan.
Aku teringat masa aku kat London dulu. Manalah nak cari duit beli kereta. Naik bas adalah. Tapi aku bagitau hangpa sistem dia… memang “class”. Aku boleh bagi A1. Tambah A satu lagi. “Monitoring”, memang kemas. Kita boleh tau bas nak sampai lagi berapa minit di hampir semua perhentian. Itu satu. Yang kedua, kalau kita sesat kat London atau habih SAMDUL sekalipun tak pernah naik bas, kita pasti boleh cari jalan pulang dengan menaiki bas. Sebab? Panduan yang begitu kemas pada semua perhentian (bukan stesen) dan sistem yang teratur menjaminkan pengguna pengangkutan awam amat berpuas hati dan memuji sistem pengangkutan di sana dan sentiasa ingin menggunakan bas lagi dan lagi. Bas kat London kebanyakannya sama macam bas Rapid Penang dan KL. Cuma kita tak ada “Double Decker” dan “Bendy Bus” (1 bas, 2 coach bersambung). Aku rasa hangpa pun tau. Ada kemudahan peralatan pada bas tersebut seperti “ram” untuk orang kurang upaya yang menaiki bas dengan kerusi roda, “jack” untuk merendahkan lantai bas bagi membolehkan pengguna kerusi roda tersebut naik turun bas. Tapi kat sini aku tak nampak lagilah orang kurang upaya atau ibu yang menyorong “stroller” menaiki bas. Mungkin mereka belum didedahkan. “Marketing”la sikit. Baru orang naik bas.
Jangan kita duduk kat atas bawak kereta ke pejabat, tak tau hal kat bawah. Asal bas jalan elok, tak meragam, kita berpuas hati dah cuci tangan. Kent Livingstone “Mayor of Greater London” (Datuk Bandar) sendiri naik bas. Dia yang kendalikan pengangkutan, dia yang naik pengangkutan yang dia kendalikan. Bukan tak ada kereta, kerajaan siap bagi sebijik tapi tak digunakan takut disalahgunakan dan untuk dijadikan contoh serta untuk memastikan sistem yang dia atur berjalan lancar. “MasyaAllah…” Dia lebih Islam daripada kita walaupun dia bukan Islam. Memang aku “respect” betul. “Member” aku nak tumpangkan dia masa nampak dia tunggu bas pun, dia tolak. Sanggup tunggu bas lagi. Kita kat sini tak dak la… Dah baguih sikit, bas pun dah tak nampak.
Lagi… Bas tak sepatutnya bergerak sebelum pintu ditutup. Pemandu akan pastikan semua penumpang dah masuk, baru pintu ditutup. Setelah pintu ditutup, kalau yang naik tu warga emas atau kurang upaya, pemandu akan pastikan mereka duduk dahulu sebelum bas bergerak. Bukan bergerak dulu baru pintu ditutup macam pemandu kita. Latihan mana hangpa pi ni. Dah la pintu tak tutup, siap boleh sembang lagi dengan penumpang sebelah. Kalau aku nak bagitau pun, aku dah tak ingat bas mana, pemandu mana. Nasib baik aku tak nampak ada yang hisap rokok dalam bas. Dan di London, bas kalau berhenti, ia akan berhenti betul-betul dalam petak perhentian bas. Tak senget, tak keluar petak, tak lebih dan tak kurang. Kat sini? Kadang-kadang kalau boleh nampak macam tak mau berhenti. Ya lah.. berhenti pun tak masuk petak. Macam malas nak pulas “steering” waktu nak keluar petak perhentian.
Rapid Penang adalah syarikat pengangkutan awam yang termuda kat Penang. Sepatutnyalah, kalau ada apa-apa cacat cela pada bas, cepat-cepat diperbaiki supaya tak kelihatan kecelaan. Cuba tengok gambar kedua. MasyaAllah, bumper kemek, berkarat pulak tu. Bas pula macam dah berusia. Itupun bas masih bergerak. Cucilah sikit. Tak cukup bas ka atau bengkel dah penuh. Tak payahla tunggu orang telefon nombor kat belakang bas tu baru nak baiki. Kadang-kadang orang pun malas nak telefon hangpa. Siapa peduli? Orang nak pandu kereta. Jalan jam pun jamlah. Macam mana masalah nak selesai… Di sana ada 3 syarikat bas utama tapi semuanya satu warna. Merah. Aku tak nampak pun yang kotor berdebu atau ada kesan asap walaupun bas yang paling berusia. Bas paling lama yang antik tu pun nampak “solid”. Ini tak, bas baru, berhabuk, berdebu, kesan asap lagi. Ada pulak bas yang asap hitam berkepul-kepul. Tak mesra alam betul la. Dah la tak mesra pengguna. Ini salah siapa. Bukan nak menuding jari. Tapi macam mana hangpa buat kerja ni… Ramai yang bertanggungjawab dalam hal ni. Masing-masing ada peranan sendiri. Settlekanla problem ni. Kira dapat gaji cukup bulan, dah lupa kerja.
Aku pasti ramai yang nak naik dan akan naik bas kalau sistem bas diatur dengan sempurna dan berjalan lancar. Termasuk aku. Tapi kenalah buat sesuatu. Kreatif la sikit. Banyak lagi boleh dibaiki supaya orang gemar menggunakan bas. Bila orang gemar naik bas, boleh ditambah jumlah bas. Kuranglah orang memandu kereta sendiri. Aku tengok bas Rapid nampak banyak atas jalan. Aku suka dan rasa gembira. Nampak gah… Tapi sistem tak sepertimana yang diharapkan. Maaflah sebab hangpa pasti terasa punya hentaman ni. Kalau aku nak cerita lebih panjang nanti hangpa kata aku pandai sangat. Jadi tak payahlah. Orang kita sendiri pun ramai yang keluar negara bukan sekadar London malah lain-lain tempat lagi. Takkan pi saja… Tidur kat hotel, bergerak naik “cab” tak naik bas. Habis macam mana kita nak aplikasikan sistem yang baik dan sempurna? Kalau kita dapat rasakan macam mana teraturnya sesuatu sistem itu, yang baik boleh dibawa masuk dan dipraktikkan di sini. Apa salah ka. Tak payah sampai London, jenguk ke hujung selatan semenanjung pun dah cukup.
Oleh: Dakwat Putih