Pengangkutan Kita

Posted by : Mohammad | Friday 31 July 2009 | Published in

Ya. Siapa punya pengangkutan? Kita punyalah… Kalau tak, tak disebutlah sebagai “PENGANGKUTAN AWAM”. Pengangkutan untuk rakyat. Rakyat macam akulah. Walaupun aku tak selalu naik bas tapi aku lega dan bangga tengok bas-bas baru di jalanraya kita. Dengan dengaq kata harga minyak nak naik lagi, aku rasa macam nak naik bas hari-harilah. Fuhh… nampak canggih macam mesra pengguna. Tapi tak mesra tara mana pun…. Harap asal dah ada pengganti bas mini dulu tu dah kira cukup. Selesai satu bab.

Suatu hari tu sajalah aku rasa teringin sangat nak naik bas sebab dah lama tak naik bas, nampak bas canggih. Tentu selesa. Tak macam dulu, bas mini penuh dengan pendatang. Kalau bas mini tu penuh, aku sorang je kut cakap Bahasa Malaysia. Yang lain, aku tak faham apa depa cakap. Kalau faham pun agak berpusing-pusing sikit. Dah tu, nak naik bas mini pun, aku rasa macam pesalah naik bas. Itu belum masuk Transit Link lagi. Nak ke Butterworth dari Penang, pernah aku tunggu 3 jam. Telefon pejabat Transit Link di Jetty, depa suruh aku call pejabat Komtar. Telefon Komtar, depa hentam suruh aku call BM (Bukit Mertajam). Call BM, depa suruh call Jetty balik. KALIHAMPUT! Dok pusing macam tu la saja. Apa punya KAMJAT. Aku bukan nak kutuk. Tapi perkara ni betul-betul berlaku kat aku.



Tapi sekarang dah ada RAPID PENANG, mungkin sistem lebih baik. Nak disambungkan cerita, aku bersama isteri naiklah bas ke KOMTAR. Dah abih shopping, kami pun turunlah ke perhentian bas kat bawah Komtar. Kami tak tau nak naik bas Rapid nombor berapa untuk sampai ke tempat aku. Maka aku pun carilah Panduan Bas Rapid kat-kat situ. Bas canggih ni, tak sabaq nak naik. Cari punya cari, jangan kata poster besaq bas Rapid, satu poster besaq kertas A4 pun tak dak. Ni yang kata Rapid Penang ni. Bas canggih, bas baru pulak semua tu.

Aku ingat lagi masa aku sekolah dulu, aku selalu naik bas. Yalah… bapak aku orang susah. Pi sekolah pukul kaki (berjalan kaki), tak dak-tak dak pun aku naik bas. Bukan macam anak-anak kita lani, naik kereta. Yang menapak dan naik basikal lani tu kalau tak Mat Bangla tentu Mat Indon. Tak dak pun Mat Myanmar ataupun Mat Vietnam. Siap boleh bawak lari bas lagi masuk longkang. Dulu aku hafal semua nombor bas. Bas “Council”, tak banyak laluan, 1 sampai 13 saja. Pusing George Town tak dak masalah. Tak payah panduan pun. Orang masa tu ramai naik bas. Tunggu lama tu biasa la… Tapi tak lah sampai 3 jam di zaman kebelakangan ni. Mak Bapak aku pun tak pernah risau pasal keselamatan aku. Alhamdulillah aku selamat.


Ni cerita pasal bas canggih lani, orang ramai, aku tengok bas pun banyak masuk keluaq masuk keluaq Komtar. Asap bas dah banyak mana aku telan, tak payah habaq la. Siap ada bas yang tunggu penumpang sambil melaung-laung destinasi lagi. Sampai “traffic jam” dibuatnya bas beratur kat belakang. Dah tu, tak nak bergerak pulak tu. Nak tunggu bagi bas penuh konon. Abih bas belakang nak masuk cam mana? Apala mangkuk hayun. Reverse pulak bas tu supaya tak kehilangan penumpang. Aduhh.. rosak sistem kita. Mana dia pegawai yang bertanggung jawab. Hang buat apa woi. Tidoq ka!

Aku nak naik bas nombor berapa? Aku pun tak tahu. Aku tanya orang, depa cakap bahasa lain, aku pun tak faham. Orang yang cakap bahasa aku pulak naik bas yang aku tak naik. Cari punya cari, tau tang mana Rapid lekat poster Panduan Menaiki Bas di Komtar? Hangpa tengok gambaq pertama tu. Belakang papan tanda. Bukan depan papan tanda. Punya la lawak. Poster pulak dah lasam (kotor dan lusuh) bekas kena asap. Aku ingat ka poster ah long terkoyak-koyak macam tu.



Bang, Pengurus Operasi ka, Pengurus Pemasaran Rapid ka, jenguk-jenguklah tang mana hangpa lekat poster. Hangpa buboh hala ke laluan bas, bas tak baca Panduan hangpa, tapi orang nak baca. Maka aku pun berjalanlah nak dapatkan panduan bas dari poster tu. Haram apa pun aku tak nampak. Terkoyak-koyak, terconteng-conteng. Aduhh… kecewa sungguh.


Bang, aku nak bagitau hangpa, kalau hangpa dok di atas, tak turun bawah sendiri, hangpa tak tau apa yang jadi kat bawah tau ka. Kami naik bas, hangpa bawa BM ka, Merc ka, hangpa tau ka apa yang jadi kat kami orang yang naik bas. Melainkan hangpa sendiri yang naik bas macam kami. Ni kami dok kena lenyek macam timun, yang ni dikatakan rakyat. Mahulah kata kalau aku ni pelancong, aku kata sistem pengangkutan awam kat sini teruk. Penang tau. Nama sebagai pusat pelancongan.


Aku teringat masa aku kat London dulu. Manalah nak cari duit beli kereta. Naik bas adalah. Tapi aku bagitau hangpa sistem dia… memang “class”. Aku boleh bagi A1. Tambah A satu lagi. “Monitoring”, memang kemas. Kita boleh tau bas nak sampai lagi berapa minit di hampir semua perhentian. Itu satu. Yang kedua, kalau kita sesat kat London atau habih SAMDUL sekalipun tak pernah naik bas, kita pasti boleh cari jalan pulang dengan menaiki bas. Sebab? Panduan yang begitu kemas pada semua perhentian (bukan stesen) dan sistem yang teratur menjaminkan pengguna pengangkutan awam amat berpuas hati dan memuji sistem pengangkutan di sana dan sentiasa ingin menggunakan bas lagi dan lagi. Bas kat London kebanyakannya sama macam bas Rapid Penang dan KL. Cuma kita tak ada “Double Decker” dan “Bendy Bus” (1 bas, 2 coach bersambung). Aku rasa hangpa pun tau. Ada kemudahan peralatan pada bas tersebut seperti “ram” untuk orang kurang upaya yang menaiki bas dengan kerusi roda, “jack” untuk merendahkan lantai bas bagi membolehkan pengguna kerusi roda tersebut naik turun bas. Tapi kat sini aku tak nampak lagilah orang kurang upaya atau ibu yang menyorong “stroller” menaiki bas. Mungkin mereka belum didedahkan. “Marketing”la sikit. Baru orang naik bas.

Jangan kita duduk kat atas bawak kereta ke pejabat, tak tau hal kat bawah. Asal bas jalan elok, tak meragam, kita berpuas hati dah cuci tangan. Kent Livingstone “Mayor of Greater London” (Datuk Bandar) sendiri naik bas. Dia yang kendalikan pengangkutan, dia yang naik pengangkutan yang dia kendalikan. Bukan tak ada kereta, kerajaan siap bagi sebijik tapi tak digunakan takut disalahgunakan dan untuk dijadikan contoh serta untuk memastikan sistem yang dia atur berjalan lancar. “MasyaAllah…” Dia lebih Islam daripada kita walaupun dia bukan Islam. Memang aku “respect” betul. “Member” aku nak tumpangkan dia masa nampak dia tunggu bas pun, dia tolak. Sanggup tunggu bas lagi. Kita kat sini tak dak la… Dah baguih sikit, bas pun dah tak nampak.


Lagi… Bas tak sepatutnya bergerak sebelum pintu ditutup. Pemandu akan pastikan semua penumpang dah masuk, baru pintu ditutup. Setelah pintu ditutup, kalau yang naik tu warga emas atau kurang upaya, pemandu akan pastikan mereka duduk dahulu sebelum bas bergerak. Bukan bergerak dulu baru pintu ditutup macam pemandu kita. Latihan mana hangpa pi ni. Dah la pintu tak tutup, siap boleh sembang lagi dengan penumpang sebelah. Kalau aku nak bagitau pun, aku dah tak ingat bas mana, pemandu mana. Nasib baik aku tak nampak ada yang hisap rokok dalam bas. Dan di London, bas kalau berhenti, ia akan berhenti betul-betul dalam petak perhentian bas. Tak senget, tak keluar petak, tak lebih dan tak kurang. Kat sini? Kadang-kadang kalau boleh nampak macam tak mau berhenti. Ya lah.. berhenti pun tak masuk petak. Macam malas nak pulas “steering” waktu nak keluar petak perhentian.


Rapid Penang adalah syarikat pengangkutan awam yang termuda kat Penang. Sepatutnyalah, kalau ada apa-apa cacat cela pada bas, cepat-cepat diperbaiki supaya tak kelihatan kecelaan. Cuba tengok gambar kedua. MasyaAllah, bumper kemek, berkarat pulak tu. Bas pula macam dah berusia. Itupun bas masih bergerak. Cucilah sikit. Tak cukup bas ka atau bengkel dah penuh. Tak payahla tunggu orang telefon nombor kat belakang bas tu baru nak baiki. Kadang-kadang orang pun malas nak telefon hangpa. Siapa peduli? Orang nak pandu kereta. Jalan jam pun jamlah. Macam mana masalah nak selesai… Di sana ada 3 syarikat bas utama tapi semuanya satu warna. Merah. Aku tak nampak pun yang kotor berdebu atau ada kesan asap walaupun bas yang paling berusia. Bas paling lama yang antik tu pun nampak “solid”. Ini tak, bas baru, berhabuk, berdebu, kesan asap lagi. Ada pulak bas yang asap hitam berkepul-kepul. Tak mesra alam betul la. Dah la tak mesra pengguna. Ini salah siapa. Bukan nak menuding jari. Tapi macam mana hangpa buat kerja ni… Ramai yang bertanggungjawab dalam hal ni. Masing-masing ada peranan sendiri. Settlekanla problem ni. Kira dapat gaji cukup bulan, dah lupa kerja.


Aku pasti ramai yang nak naik dan akan naik bas kalau sistem bas diatur dengan sempurna dan berjalan lancar. Termasuk aku. Tapi kenalah buat sesuatu. Kreatif la sikit. Banyak lagi boleh dibaiki supaya orang gemar menggunakan bas. Bila orang gemar naik bas, boleh ditambah jumlah bas. Kuranglah orang memandu kereta sendiri. Aku tengok bas Rapid nampak banyak atas jalan. Aku suka dan rasa gembira. Nampak gah… Tapi sistem tak sepertimana yang diharapkan. Maaflah sebab hangpa pasti terasa punya hentaman ni. Kalau aku nak cerita lebih panjang nanti hangpa kata aku pandai sangat. Jadi tak payahlah. Orang kita sendiri pun ramai yang keluar negara bukan sekadar London malah lain-lain tempat lagi. Takkan pi saja… Tidur kat hotel, bergerak naik “cab” tak naik bas. Habis macam mana kita nak aplikasikan sistem yang baik dan sempurna? Kalau kita dapat rasakan macam mana teraturnya sesuatu sistem itu, yang baik boleh dibawa masuk dan dipraktikkan di sini. Apa salah ka. Tak payah sampai London, jenguk ke hujung selatan semenanjung pun dah cukup.


Oleh: Dakwat Putih

Laa... Apasal tak “parking” dalam Wad terus?

Posted by : Mohammad | | Published in

Kalau ikutkan, kita semua malas nak berjalan kaki. Dah la kaki lima sempit dan tak mesra pejalan kaki tapi lebih mesra kenderaan, malah tiang lampu, tong sampah dan pokok siap dengan akar sekali pun atas kaki lima juga. Itu memang sikap kita. Nak ke kedai dengan jarak 50 langkah pun naik motosikal. Betul tak.
Baiklah. Ini ada tempat baik untuk pejalan kaki di kawasan hospital. Nampaknya (ter… tak nampak kot) pengguna dah disediakan pihak hospital untuk berjalan kaki. Macam mana boleh “transformers” pun sama-sama nak guna hak kita sebagai pejalan kaki ni. Terbentang jelas papan tanda larangan meletak kenderaan daripada Pengarah Hospital. Pengarah Hospital tau! Bukan PEKAK WAILUL punya orang. Apa! Ingat saja-saja ka nak letak perkataan Pengarah Hospital kat bahagian bawah papan tanda tu. Tak kan nak letak nama menteri baru nak ubah motosikal-motosikal tu. Kalau nama menteri sekalupun, aku rasa diaorang tak peduli. Apa boleh kena samanka.
Nak kata diaorang tak boleh membaca, kalau ada motosikal tentu ada lesen sebab nak dapatkan lesen memandu mesti menduduki ujian memandu terlebih dulu. Jadi, masalah tak tahu membaca atau buta huruf, tak timbul. Mungkin masalah tak hormat. Ada logiknya. Pertama, tak hormat pada Tuan Pengarah Hospital dan kedua, tak hormat pada peraturan. Bukan tak hormat pada pejalan kaki. Aku rasa kalau ada pesakit yang bertongkat jalan kat situ dan dilanggar motosikal pun tak ada siapa peduli. Ye lah, kalau dah kena langgar, bawa masuk wad je la. Kan itu hospital. Ada banyak lagi yang tak hormatnya. Tak apalah dua sebab ni dulu pun dah cukup.
Tak hormat pada Pengarah Hospital ada kemungkinannya sebab semua orang pasti fikir Tuan Pengarah kerja waktu pejabat je. Aahh.. siapa pedulik. Bukannya dia nak ambil tahu pun siapa yang letak motosikal kat sini. Atau, ini bukan kerja Tuan Pengarah nak ronda kawasan ni, sebab Pengarah tak lalu pun kawasan macam ni. Dia pandu kereta, ada tempat letak kereta khas. Dia nak ke jalan kaki kat sini.
Benar, ini bukan kerja Pengarah nak ronda kat sini dan tangkap siapa yang langgar peraturan letak motosikal kat kawasan pejalan kaki. Tetapi, kerja tersebut tentu telah ditugaskan kepada kakitangan tertentu seperti pengawal atau sebagainya. Tak kan pengawal nak jaga pintu masuk je. Tentu ada tugas lain yang bersangkut paut. Jenguk-jenguk lah kerja lain sama. Apa! Nak kena bagitau baru nak buat ka. Kalau pengawal kata bukan kerja dia? Habis kerja siapa. Apala tak kan lah kerja sikit macam ni tak termasuk dalam “job scope” hospital. Pihak hospital pun kenalah pastikan peraturan dipatuhi. Ini tak, kakitangan pula yang lebih-lebih letak motosikal kat situ.

Memanglah, manusia Malaysia ramai yang kurang kesedaran sivik terutama di kalangan pengguna motosikal tersebut. Termasuk kakitangan hospital sendiri. Itu yang membuat pengguna motosikal tak tahu nak hormat pada peraturan. Tempat letak motosikal dah disediakan, apa salahnya kalau letak motosikal anda di tempat yang betul. Bukan kena bayaran pun. Kalau dah rasa malas nak jalan sangat, baik masuk wad terus dengan motosikal. Susah la orang kita ni. Tegur nanti marah pulak. Tak tegur, dah naik kepala. Itulah, yang salah tetap salah. Betul dah jadi salah. Banyak yang salah dah dianggap betul. Baik tetap baik. Buruk tetap buruk. Tetapi sekarang ramai yang dah keliru antara yang baik mahupun yang buruk. APA LA SUDAH JADI…

Keselamatan terjamin?

Posted by : Mohammad | | Published in

Sekali-sekala kalau pekena teh tarik kat warung dapat melegakan segala masalah yang berlegar di kepala. Kena pula kalau ada “member” untuk dibuat teman berborak, fuhh.. paling tidak pun sejam boleh buat kita sangkut kat warung tersebut. Apatah lagi hidangan warung sedap dan harga pula murah. Ye lah.. harga memang patut kena murah la. Bukan murah sikit tapi kena murah banyak. Pasal, sewa tapak – “free”, lesen? Tah la, yang aku tahu, peniaga yang menggunakan beca sorong ada la lesen. Kalau warung “cut and paste”? Ada lesen ka. Pacak tiang mana sesuai, tampal dinding “plywood” tapak “contract”, letak atap zink, meja dua tiga biji, siap. Boleh berniaga. Lagi? Air “free” kot. Letrik? “Gen set” boleh pakai. Itu kena duit la.
Ada lagi. Ini paling penting. KESELAMATAN NYAWA para pelanggan. Berniaga tak salah bang. Dituntut dalam Islam dan menjadi sunnah Rasullah. Tapi jangan jangan la sampai mengabaikan keselamatan pelanggan. Kita tengok tempat ni. Tak kisah la walaupun warung atas kaki lima sampai orang nak berjalan pun tak boleh tapi abang kena fikir la keselamatan pelanggan. Bangku meja bukan atas kaki lima tapi atas jalan. Jalan tu betul-betul kat simpang dan sibuk lak tu. Abang tengok tu, budak-budak pun ikut makan sama mak bapak diorang. Mahu diorang lari tengah jalan, tak ke kacau tu bang. Tengok kereta sebelah kanan tu. Laju tu. Bahaya bang.
Gambar ini dirakamkan di Malaysia… (tak payahla saya bagitau kat mana, abang ni pun nak cari makan juga). Tapi bang, kalau boleh tu cari la tempat yang lebih sesuai. Maafla bang, bukan niat saya nak ganggu periuk nasi abang. Itu rezeki abang. Abang fikirla sendiri. Apa NAK jadi…

Pekerja Contoh

Posted by : Mohammad | Thursday 30 July 2009 | Published in


Gambar ni diambil kat sebuah stesen minyak kat Bayan Baru, Pulau Pinang. Stesen minyak apa, tak payahlah nak bagitau. Tengok background je semua orang dah tahu. Yang menariknya kat sini aku tengok mamat yang duduk kat atas motosikal tu macam staff kat stesen ni. Sebab dia pakai uniform yang lambangnya sama macam lambang stesen tu. Tentu dia kerja kat sini. Tak mungkin staff stesen lain datang sini boleh buat macam ni. Aku tengok kenderaan keluar masuk keluar masuk stesen, tapi tak de pulak mamat tu ambik peduli. Nak harap orang lain lapkan cermin kereta aku, aku nampak dia je yang ada kat luar ber”uniform”. Tengok betul-betul apa yang dia buat tu. Nak eleeh… Mamat ni slambadak je hisap rokok kat stesen minyak. Dia keje sini lak tu. Mungkin waktu dia rehat agaknye. Tapi kalau dah abih makan sekali pun takkan lah hisap rokok depan “public”. Sorok la sikit bang. Pegi la belakang ke. Kat tepi jalan besar ke. Ini tak. Main hentam je kat depan kedai. Kalau ada petrol tumpah ke kat atas lantai? Tak ke bencana namanya tu. Tak elok kalau “customer” tengok. Eh.. Boss engko bayar gaji engko untuk keje tau. Kalau tak pun, jaga la tata tertib sikit. Rosak betul orang kita. APA SUDAH JADI… Gambar ini dirakamkan pada Mei 2009.

Meriahnye Iklan Percuma.

Posted by : Mohammad | | Published in

Kita tentu pernah dan dah jadi perkara BIASA melihat poster-poster dilekat merata-rata sesuka hati tanpa siapa ambil peduli. Ada yang kecil dan ada yang besar. Di perhentian bas, tiang lampu, papan tanda dan banyak tempat lagi. Samada poster pinjaman wang peribadi, poster ah long, poster jualan itu dan jualan ini. Siapa peduli? Tak ada. Kita tulis ni bukan nak tangkap ah long tapi semak memandang kertas-kertas poster bersepah-sepah melekat merata-rata. Seolah-olah tak ada undang-undang. Orang yang melakukannya, tak siapa boleh sentuh. Orang Penang cakap, “hang punya pasai lah”. Kerja siapa menjaga kebersihan sekeliling? Dan siapa pula yang membuat penguatkuasaan? ”Ada. Tapi mana? “Depa tengah minum kopi kot kat kedai mamak tu. Tu… ada lori Majlis Perbandaran parking kat tepi jalan tu. Yang mana lebih baik. Halang poster-poster tersebut sebelum dilekat? Atau koyakkan poster-poster tersebut setelah dilekat. Nak koyakkan setelah dilekatkan, susahla sebab banyak sangat. Baik, kalau nak halang sebelum dilekat? Agak susah sebab siapa nak tunggu untuk menangkap si tukang lekat semasa melekat poster? Tetapi, nak umpan tuan punya poster bukan tak boleh sebab nombor telefon sikit punya besar ke tertera kat poster. Terang dan jelas pula tu. Apasal tak tangkap je… Hentam sama dia betul-betul. Baru la tak semak bandar kita. Sekarang, APA SUDAH JADI… Maka jadilah negara kita NEGARA semak POSTER. Siapa peduli? Tengok gambar bawah ni.
Waah... Macam ni punya iklan, jenis main hentam je lekat, patut dah kaya la taukeh ni. Mana tak. Iklan percuma. Siapa peduli. Berani tangkapla. “Hello encik! Tukang repair decoder Astro, janganla buat semak macam ni. Kalau nak cari makan pun, professional la sikit. Itu Astro taukeh dia apa peduli. Dia pasukan bola sepak pun dia boleh beli.