10,000 Langkah Sehari

Posted by : Mohammad | Wednesday, 26 August 2009 | Published in

10,000 LANGKAH SEHARI. Ini kempen kita yang terkini. Bagus tu, dapat melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera, bebas dari kuman dan penyakit. Nanti kalau berjalan, banyak pula jenayah seperti ragut ka apa-apa ka. Ragut? Itu kita letak sebelah dulu. Ragut ni kalau nak berlaku, tak kira tempat. Kalau naik motosikal sekalipun, ragut boleh berlaku kalau ianya nak berlaku. Tapi lebih baik berlaku semasa berjalan kaki. Sekurang-kurangnya kadar kemalangan dan kematian tidaklah tinggi. Lagipun encik-encik polis kita pun dah tak berjalan kaki ronda macam dulu lagi. Apa nak jadi, jadilah. Lantaklah.?

10,000 langkah sehari? Lecehla. Siapa yang nak berjalan 10,000 langkah sehari? Katakanlah selangkah manusia dewasa bersamaan lebih kurang 1 meter, itu dah 10km namanya tu. Kita bukan ahli sukan. Mana ada masa nak diluangkan untuk berjalan. Kalau diluangkan masa bersenam satu jam pun, tak sampai dua km kita berjalan. Itu orang biasa, kalau kena orang tua? Jawabnya setengah km pun mau sejam. Habis nak suruh juga orang berjalan? Apa yang leceh. Lecehla berjalan sebab pejalan kaki terdedah kepada bahaya.?

Jalanraya di SATU MALAYSIA tak mesra pejalan kaki tapi lebih mesra kenderaan. Macam mana tu. Ya lah... Ada kaki lima bukan tak ada, tapi kereta, motosikal, orang berniaga, tong sampah, pokok dan macam-macam mak nenek pun semua atas kaki lima juga siap dengan akar-akar besar sekali sampai merosakkan tempat berjalan. Habis macam mana nak berjalan kaki. Kalau ada kaki lima pun, sempit, longkang lagi besar. Kebanyakan kaki lima makin sempit makin sempit akhirnya terputus. Dah tak ada. Kempen ni macam nak bunuh orang. Suruh orang pergi perang, latihan tak ada, senjata pun tak ada. Tak mati katakkah pejalan kaki nanti. Kalaulah di Malaysia ni ada kaki lima yang paling sempurna dalam dunia, udara pula tercemar. Dengan asap hitam, debu, habuk dan macam-macam lagi. Encik-encik polis trafik yang menunggang motosikal pun cuba mengelak daripada terdedah pada pencemaran udara macam ni. Mahu pengsan dibuatnya. Apa lagi kita hamba rakyat.?

AKU RASA ORANG YANG BAGI CADANGAN “10,000 LANGKAH SEHARI” NI PUN TAK BERJALAN WALAUPUN 1,000 LANGKAH SEHARI. SEMBANG JE LEBIH. SEMUANYA GIMIK POLITIK.?

"Hello! Encik pemberi cadangan! Sudahkah anda lihat keadaan lorong pejalan kaki di negara kita? Anda tak diminta berjalan di kaki lima kami, Cuma tengok je. Mereka pembunuh jalanraya yang tak rasmi tau ka.” Tak percaya? Tengok gambar-gambar ni.




“Dah tengok? Encik! Kalau setakat gimik tu, tak payah sebutlah dalam tv atau surat khabar atau buat billboard besar-besar. Perkara macam ni kalau tak iklan pun, orang boleh berjalan sendiri. Cuma berikan infrastruktur yang betul dan baik. Jangan macam di atas tu. Sikit punya besar ke akar pokok kat atas kaki lima tu. Peliklah, pegawai perancang bandar ramai, belajar tinggi-tinggi, tapi tak terfikir ke akar tu akan merosakkan kaki lima dan longkang. Dah tu kaki-kaki lima lainnya melepaskan batuk di tangga je.” WAILUL betullah mamat-mamat ni semua.


Anda tengok kaki lima di negara-negara barat ni pula. Amat berbeza dengan yang di MALAYSIA. Apa? Di barat orang lebih suka berjalan sebab sejuk?Sebenarnya tidak... Cubalah berjalan dalam sejuk kalau nak pengsan. Sebenarnya pihak berwajib mereka prihatin. Itu je. Kita? Apa nak jadi, jadilah. Apa La Sudah Jadi...?

Aku pun kalau ada kaki lima yang sempurna dan selamat, memang aku pun nak jalan kaki. Panas tu tak apa asalkan kita selamat. Sekarang ni banyak sangat penyakit dengan berbagai package. Sekarang ni kalau 10,000 langkah sehari boleh lemah jantung menyedut asap hitam bas dan lori di Malaysia ni. Sepatutnya mangkuk yang candangkan kempen ni berjalan dulu baru tau keadaan.?

(0) Comments

Leave a Response