Peraturan Jalanraya

Posted by : Mohammad | Thursday, 6 August 2009 | Published in

Setiap hari aku melalui jalan ini. Simpang berhampiran Tesco Penang, Lebuh Tunku Kudin, Pulau Pinang. Dan setiap hari juga aku menyaksikan kebanyakan kenderaan keluar dari simpang tanpa berhenti terlebih dahulu untuk melihat kenderaan yang datang dari kiri ataupun kanan. Terdapat dua simpang yang berdekatan antara satu sama lain. Simpang pertama lebih berhampiran dengan Tesco manakala yang kedua adalah simpang Jalan Tunku Kudin.

Yang pertama terdapat papan tanda “Beri Laluan” dengan garisan putus-putus bermaksud laluan keutamaan diberikan kepada kenderaan yang datang dari kiri manakala simpang kedua terdapat tanda “Berhenti” dengan garisan lurus. Bagi aku, kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu kenderaan yang sampai ke simpang ini hendaklah berhenti terlebih dahulu samada untuk memberi laluan kepada kenderaan sebelah kiri mahupun untuk membenarkan kenderaan yang datang dari kedua-dua arah kiri dan kanan. Tujuannya satu iaitu untuk tidak berlaku kemalangan. Sistem dan peraturan telah sedia diatur untuk semua orang patuhi.

Tapi apa yang aku lihat, kebanyakan kenderaan yang lalu di kawasan ini seolah-olah tidak nampak tiang papan tanda yang dipacak dan kebanyakannya pula selamba melanggar peraturan tanpa siapa pun yang ambil peduli. Keluar dari simpang ikut suka hati saja tanpa berhenti. Kalau-kalau tak berhenti pun sekurang-kurangnya palingkanlah muka tu untuk melihat ke kiri atau kanan. Ini tak, selamba saja keluar simpang macam orang bodoh seolah-olah tiada papan tanda. Itu kalau yang bodoh. Manakala yang kurang ajar pula, keluar dari simpang dengan laju. Kadang-kadang tu kita pula yang terpaksa buat brek mengejut. Siapa yang tak sakit hati bila lihat pemandu macam ni. Kalau geram sekalipun, habis-habis orang akan maki sendirian atau hanya maki dalam hati. “Celaka betul! Hantu Raya! !@#$%” semua boleh keluar dari mulut. Siapa peduli? Tak siapa peduli. Kenapa? Tak berkuat kuasa? Siapa cakap. Peraturan dan undang-undang berkuat kuasa. Tetapi pihak berkuasa tidak ambil peduli. Mari kita lihat klip video di bawah ni.

Sudahkah anda tonton klip di atas? Apa yang ketara? Pertama, saya nampak seorang mamat tu menunggang motosikal tanpa topi keledar meluru keluar dari simpang tanpa menoleh ke kiri dan kedua, sebuah kereta kancil merah dengan selamba memotong di sebelah kiri pada selekoh sebelum simpang dan terus keluar tanpa berhenti.

Katakanlah berlaku kemalangan di salah satu simpang tersebut. Pertama akan ada lapuran di balai polis berhampiran. Seperti biasa pihak yang bersangkut paut akan datang untuk buat pemeriksaan dengan mengukur dan sebagainya serta mengawal lalu lintas. Kedua, mamat-mamat insuran kenderaan yang menunggang motosikal dengan membawa walkie talkie akan sampai dengan sekelip mata mengerumuni tempat kejadian. Tak kiralah sebesar mana kemalangan tersebut. Yang hairannya mamat ni semua bagi perkhidmatan lebih baik dari pihak berkuasa. Tak sampai lima minit akan penuh tempat tu seperti semut menghurungi gula. Tak kira di mana saja mereka berada walaupun 10km jauh, mereka tetap sampai dengan sekelip mata. Pihak berwajib? Balai 1 km jauh, mangsa kena sabar menunggu. Janganlah macam tu bang. Baiklah, sekarang kita saksikan klip yang kedua pula.

Sudah anda tonton? Kebanyakan kenderaan meluru keluar dari simpang. Mungkin mereka tak nampak papan tanda berhenti. Memang tak siapa nampak dan sedar ada tanda berhenti di simpang tersebut. Sepatutnyalah rasa saya, papan tanda "berhenti" tersebut dipacakkan di tengah-tengah "devider". Biarpun ramai pemandu tak pedulikan tanda tersebut walaupun dipacak terpampang. Namun kewajipan pihak berwajib dah dijalankan. Nampaknya papan tanda tersebut agak malu dan tersembunyi .

Sebaik-baiknya, anggota polis sentiasa mengawasi simpang tersebut untuk “educate” pengguna supaya mematuhi peraturan jalanraya. Kalau simpang, kenderaan kena berhenti. Kalau nampak pemandu yang kurang ajar, tahan dan saman. Siapa yang mahu kenderaan mereka disaman? Semua orang tak mahu. Kalau tak pun, cukup dengan mengawasi tempat tersebut untuk peringkat awal. Kalau pemandu kenderaan nampak anggota polis, dia nak memandu secara kurang ajar pun fikir dua kali. Lama kelamaan orang akan patuh juga.

Oleh: Dakwat Putih

(0) Comments

Leave a Response