
Al-Quran Digital
Posted by : Mohammad | | Published in Renungan

Ini adalah HADIAH & untuk tatapan saudara ku sekelian. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah. Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu, boleh buka muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak mukasurat Al-Quran ni & siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut Cubalah tengok dulu & click kat url nie...semoga kita diberkati Allah SWT. KLIK DI SINI.
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html
Hadiah utk kamu semua. Tak payah beli quran. Tapi jangan langkah komputer ni. Buatlah macam senaskah qura'an juga.Kalau pun malas nak ambil Quran atau Untuk kaum perempuan kalau yang datang haid tak menjadi masaalah... Sekurang-kurangnya kalau di pc ni boleh klik saje. Selamat membaca.
Renungan
Posted by : Mohammad | | Published in Renungan
- "Jangan delete email ini sebelum di hantarkan kepada 10 orang lain" atau
- "Emailkan kepada 12 orang, kamu akan dapat berita baik selepas 12 jam" atau
- "Saya telah emailkan kepada 10 orang dan sejam kemudian saya mendapat durian runtuh" dan lain-lain lagi...
Ulasan
1. Walau apa pun isi kandungan sebelumnya, sama ada "Doa Nabi", Ayat Al Quran, Peringatan dll... tapi jika di sertakan dengan perkara diatas.... kamu sudah syirik jika kamu menyebarkan dengan yakin.
2. Walau kamu tak yakin, tetapi tetap menyebarkannya kepada orang ramai, DAN JIKA ada yang menerimanya yakin akan kata-kata tersebut... KAMU JUGA MENDAPAT SAHAM DOSA TERSEBUT DAN SAHAM ITU BOLEH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI MLM ATAU SISTEM PIRAMID YANG MANA KAMU AKAN TERUS MENERUS MENDAPAT SAHAM DOSA DARIPADA DOWNLINE KAMU.
3. Baca petikan ini sampai habis
Hakikat Sebenar Surat Berantai. Sila Baca...harap menjadi panduanSoalan 1Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?Soalan 2Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu.. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.JawapanSetelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah Rasululllah SAW belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat inikah atau AlQuran?Kedua d! ari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah.Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur.
Itu adalah contoh surat berantai dan huraian dari ustaz dan dibawah adalah email yang anda semua sebarkan kepada kawan-kawan, email tersebut adalah sama sahaja dikategorikan "Surat Berantai" dan ianya membawa kepada kemusnahan kepada akidah islamiah anda semua. Berdoa itu bagus, tapi kalau penyebaran doa itu "BOLEH" menyebabkan anda mendapat rahmat... itu yang mengarut anda pasti mengatakan, "SAJA SUKA-SUKA HANTAR, BUKAN PERCAYA PUN" ini ada ilmu asas masa saya belajar agama di sekolah rendah dulu.
Murtad boleh berlaku dalam 3 perkara
1. Anggota Badan (contoh, menyembah apa-apa) atau
2. Lidah (meng"iya"kan kata-kata yang dah conform sesat dan menyesatkan) walaupun terpaksa.... atau
3. Hati yang mana dalam hati ada terdetik, betul jugak atau mana tahu dapat betul dll. Kalau kita buat salah satu daripadanya, kita sudah jatuh murtad, jadi tiada istilah saja suka-suka sebab bila kamu buat, kamu sudah jatuh murtad mengikut hukum feqah. Saya tak banyak ilmu sangat tapi anda boleh membeli kitab yang ada di pasaran dan sebaik-baiknya ikuti ceramah dan kuliyyah sekurang-kurangnya, ikuti forum untuk agama forum yang saya cadangkan adalah
ada lagi tapi yang ni bagus untuk anda semua, bukan kepunyaan saya, tapi saya suggestkan untuk kepentingan bersama.
Wallahuallam,
Betulkan saya kalau saya silap.
Peraturan Jalanraya
Posted by : Mohammad | Thursday, 6 August 2009 | Published in peraturan jalanraya
Katakanlah berlaku kemalangan di salah satu simpang tersebut. Pertama akan ada lapuran di balai polis berhampiran. Seperti biasa pihak yang bersangkut paut akan datang untuk buat pemeriksaan dengan mengukur dan sebagainya serta mengawal lalu lintas. Kedua, mamat-mamat insuran kenderaan yang menunggang motosikal dengan membawa walkie talkie akan sampai dengan sekelip mata mengerumuni tempat kejadian. Tak kiralah sebesar mana kemalangan tersebut. Yang hairannya mamat ni semua bagi perkhidmatan lebih baik dari pihak berkuasa. Tak sampai lima minit akan penuh tempat tu seperti semut menghurungi gula. Tak kira di mana saja mereka berada walaupun 10km jauh, mereka tetap sampai dengan sekelip mata. Pihak berwajib? Balai 1 km jauh, mangsa kena sabar menunggu. Janganlah macam tu bang. Baiklah, sekarang kita saksikan klip yang kedua pula.
Sudah anda tonton? Kebanyakan kenderaan meluru keluar dari simpang. Mungkin mereka tak nampak papan tanda berhenti. Memang tak siapa nampak dan sedar ada tanda berhenti di simpang tersebut. Sepatutnyalah rasa saya, papan tanda "berhenti" tersebut dipacakkan di tengah-tengah "devider". Biarpun ramai pemandu tak pedulikan tanda tersebut walaupun dipacak terpampang. Namun kewajipan pihak berwajib dah dijalankan. Nampaknya papan tanda tersebut agak malu dan tersembunyi .
Sebaik-baiknya, anggota polis sentiasa mengawasi simpang tersebut untuk “educate” pengguna supaya mematuhi peraturan jalanraya. Kalau simpang, kenderaan kena berhenti. Kalau nampak pemandu yang kurang ajar, tahan dan saman. Siapa yang mahu kenderaan mereka disaman? Semua orang tak mahu. Kalau tak pun, cukup dengan mengawasi tempat tersebut untuk peringkat awal. Kalau pemandu kenderaan nampak anggota polis, dia nak memandu secara kurang ajar pun fikir dua kali. Lama kelamaan orang akan patuh juga.
Oleh: Dakwat Putih
KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU
Posted by : Mohammad | | Published in Industri makanan


Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut. Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?


Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut. Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran.


Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau. Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut. Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..





